Ahad, 31 Mei 2009

semua....

comel_comel...... seme org comel...
hahahahhaha.... daripada aku

Isnin, 20 April 2009

tinggalkan saya....

Hari pertama sebagai seorang isteri,
awak saya nak bincang sikit mulai minggu depam kite akan duduk rumah mak saya. Awak tau kan keluarga saya macam mana, kami tak suka bergaul dengan orang bawahan ini. Awak kena jaga nama baik keluarga saya tau... Satu lagi saya tak suka la kerja awak sekarang semalam mak dan ayah saya dah tegur pasal kerja awak tu, tak sesuai dengan imej keluarga saya. Ingat keluarga kami orang berada bukan macam awak orang kampung.

Ya Allah, sedih yer aku.... sampai macam tu sekali dia hina keluarga aku, dia tak ingat ke janji yang telah kami buat dulu? Ma maaf kn anak mu ini, selagi terdaya saya akan jadi isteri yang terbaik tapi jika untuk bersamanya sekejap cuma saya rela pergi dulu...

Rutin hidup ku seperti biasa ke tempat kerja walau pun setiap hari dihina oleh kedua mertuaku... Suami ku setiap hari itu juga tak pernah sekali menghantar atau menjemputku dari tempat kerja. Pulang sahaja dari tempat kerja tugas utama seorang isteri tak penah aku abaikan walaupun penat pulang dari kerja. Makan pakainya aku utamakan walaupun kadang-kadang tiada ucapan terima kasih mahu pun senyuman kasih sayang daripada seorang suami.

kadang-kadang hati ini terasa dipermainkan kenapa aku yng dipilih olehnya untuk menjadi teman hidupnya? Sedangkan dia tahu ibunya tidak akan menerima aku apatah lagi keluargaku. Aku menerimanya dulu kerana mengenangkan budinya yang sentiasa menolong dan membantu aku dalam pelajaran. aku berasal daripada kampung ayah sudah pencen. wang pencennya semua sudah lebur oleh kakak ku aku sebagai anak tak sampai hati untuk membebankan hati mereka. sehinggalah aku bertemu dengan suamiku di kolej tempat kami sama-sama belajar.

Pada awal perkenalan aku tidak kenal sangat dengannya sebab dia hanya popular dikalangan pelajar wanita yang cantik dan kaya raya. suatu hari suami datang bertemu denganku kerana dia mengalami masalah berkenaan tugasannya pensyarah yang mengajar tajuk tersebut telah mengcadangkan namaku untuk dijadikan rakan bimbingannya. kami mula rapat hinggalah penghujung semester akhir.

Selepas setahun tamat pelajaran aku mengalami sedikit masalah kerana tidak dapat mengcari pekerjaan dialah yang membantu aku mendapatkan kerja disuatu firma swasta. walaupun hanya sebagai pegawai perunding pada mulanya kini aku telah dinaikan pangkat sebagai ketua dibahagian perhubungan awam. tugasku yang memaksa aku bertemu dengan berbagai pihak inilah yang menyebabkan kedua mertuaku tidak dapat menerima aku didalam kelompok mereka. kerana ibu mertuaku seorang yang berpengaruh didalam sektor kerajaan.

Usia perkahwinan kami sudah mengcecah setahun aku belum ada tanda-tanda awal untuk menumang cahaya mata, setiap hari hanya soalan yang sama sahaja menjadi buah mulut ibu dan bapa mertuaku. sebagai manusia biasa aku hanya mampu menahan sabar dan berdoa kepada Allah.

Pada satu hari aku pulang awal dari tempat kerja kerana kurang sihat, setibanya dirumah banyak kereta dihalaman rumah. rupanya kedatangan saudara bapa mertuaku yang baru pulang dari seberang laut. bagi menjaga air muka kedua mertuaku aku cuba merejainkan diri membantu mereka menyediakan makan malam. dalam kekalutan membantu menyediakan makanan tiba-tiba aku terdengar satu berita yang mengegarkan hati seorang wanita yang bergelar isteri.. rupa-rupanya mereka ingin menjodohkan suami ku dengan anak saudara bapa mertuaku.. air mata wanita mana yang tak akan menutis jika dilayan sebegitu. aku cuba berbincang dengan suami tetapi dia menyalahkan aku dengan mengatakan ini semua salah aku kerana aku yang gagal memberikan zuriat kepadanya. kesedihan dihati ini hanya Tuhan sahaja yang tau...

hari berganti hari satu hari aku dikejutkan dengan kemalangan kedua mertuaku dan juga suamiku selepas pulang daripada jamuan di rumah saudaranya.

perkara ini seakan-akan memberikan satu tanda dan perubahan yang tidak disangka dalam keluarga ini. oleh kerana tiada orang yang mampu memjaga ibu mertuaku akulah insan yang sentiasa bersamanya walau dalam keadaannya yang lumpuh kini. makan dan pakainya tak mampu di uruskan sendiri jadi akulah yang menguruskannya. suami ku kini semaking baik dan mesra dengan ku walaupun dulu sentiasa menjadi masa kemarahanya.

suatu hari aku ingin memandikan mertuaku tiba-tiba beliau menagis aku terkejut dan berasa takut. maaf kan mak yang sentiasa menyusahkan kamu lia.. aku mula sebak dan terharu bagi seorang insan yang lemah aku tidak menyalahkannya dan aku sudi memaafkan segala kesilapannya.

keluarga ini mula menerimaku walaupun aku sudah lama didalamnya. aku baru merasakan kehadiranku diterima.

satu hari aku merasakan satu kelainan pada tubuhku.... daya untuk aku bergerak agak lemah sehingga untuk berdiri dengan baik pun aku tak mampu, nasib suamiku sempat menyambut aku daripada jatuh.

suami membawaku ke klinik, rupa ini adalah satu pertanda yang kini aku hamil.
Syukur kepada Allah kerana lengkaplah kini segalanya. suami ku merupakan orang yang paling bahagia, begitu juga kedua mertuaku. hubungan antara mereka aku dan keluargaku juga bertambah baik.

terima kasih Ya Allah... atas segalanya